cover image: KUMPULAN YAYASAN SABAH

20.500.12592/7t8jpc

KUMPULAN YAYASAN SABAH

28 Jun 2021

Bertugas di PKS merupakan satu cabaran dan pengalaman yang besar di mana saya bukan sahaja perlu berinteraksi dengan staf seperti kebiasaan di mana-mana bahagian atau unit di Kumpulan Yayasan Sabah tetapi di PKS saya juga perlu mengendalikan pelatih, jurulatih, bakal usahawan dan usahawan daripada pelbagai etnik di seluruh Sabah khususnya dan agensi-agensi yang terlibat dengan kraf tangan. [...] Walaupun saya sudah bersara, saya masih merasa rindu bekerja di Kumpulan Yayasan Sabah dengan tugasan dan kawan- kawan seperjuangan yang masih berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah terutama sekali daripada segi gurauan, senyuman dan ketawa rakan-rakan sepejabat yang susah untuk dilupakan. [...] Harapan saya semoga Kumpulan Yayasan Sabah terus berkembang maju dan menjadi antara organisasi yang terbaik di Malaysia.” BERITA KUMPULAN YAYASAN SABAH 17 Encik Hassan bin Abdul Penolong Akauntan Bahagian Pantai Timur (Sandakan) “Saya mula berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun 1983. [...] Banyak pengalaman yang telah saya pelajari sepanjang saya berkhidmat dengan Kumpulan Yayasan Sabah dan amat bersyukur dengan semua peluang yang telah diberikan kepada saya. [...] Hubungan saya dengan Kumpulan Yayasan Sabah saya iktiraf sebagai hubungan simbiotik kerana bila disebut Kumpulan Yayasan Sabah dengan sendirinya kita dirujuk dan kita amat sensitif jika Kumpulan Yayasan Sabah diperkatakan dengan nada tidak baik.
Pages
40
Published in
Malaysia