cover image: TOKSIK YANG MERISAUKAN: MENGHAPUSKAN BAHAN KIMIA PLASTIK BERBAHAYA MELALUI PERJANJIAN PLASTIK

TOKSIK YANG MERISAUKAN: MENGHAPUSKAN BAHAN KIMIA PLASTIK BERBAHAYA MELALUI PERJANJIAN PLASTIK

2024

Ringkasan ini membincangkan beberapa pendekatan yang mungkin untuk mewujudkan kriteria bagi senarai negatif bahan kimia berbahaya yang berkaitan dengan pengeluaran, penggunaan, dan pelupusan plastik. [...] Selain daripada bahan kimia yang digunakan dalam plastik, pelepasan toksik juga berlaku semasa pengekstrakan bahan mentah dan pengeluaran plastik, yang menjejaskan pekerja dan komuniti berhampiran. [...] Banyak bahan kimia yang dikeluarkan sepanjang kitaran hayat plastik adalah berbahaya dan terbukti menimbulkan ancaman kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. [...] Daripada bahan kimia yang membimbangkan ini, hampir seribu yang digunakan dalam plastik dikaitkan dengan kanser, mutasi DNA, atau memudaratkan kepada pembiakan, dan lebih daripada seribu diketahui toksik kepada alam sekitar akuatik. [...] l Prinsip berjaga-jaga (precautionary): Konvensyen ini dipandu oleh prinsip berjaga-jaga dalam objektifnya, dan ia termasuk rujukan jelas kepada elemen penting prinsip berjaga-jaga bahawa kekurangan kepastian saintifik yang lengkap tidak boleh menghalang cadangan bagi menyenaraikan bahan kimia daripada diteruskan. [...] l Ketelusan: selepas plastik dikilangkan dan dijadikan bahan dan produk, adalah amat sukar untuk mengetahui apakah bahan kimia tambahan dan bahan kimia polimer yang terkandung di dalam bahan/produk plastik. [...] Tetapi terdapat banyak bukti bahawa kumpulan berikut adalah berbahaya dan perlu dimasukkan di dalam senarai bahan kimia toksik yang membimbangkan. [...] Bahan kimia ini dan kumpulan bahan kimia yang disebutkan di atas perlu diutamakan bagi langkah kawalan dan boleh menjadi sebahagian daripada senarai awal yang dimasukkan dalam Perjanjian Plastik. [...] Keperluan bagi pendekatan berwaspada dalam membuat keputusan mengenai bahan kimia yang membimbangkan dan keperluan untuk mengawal bahan kimia sebagai kumpulan akan menjadi sangat penting. [...] Ketelusan juga akan menjadi penting kerana pengetahuan mengenai komponen kimia di dalam pelbagai bahan plastik adalah penting bagi menggantikan bahan yang paling berbahaya dan membolehkan pengurusan bahan plastik yang lebih baik, termasuk pendekatan ekonomi kitar semula.
Pages
10
Published in
Sweden